Download/Muat Turun Borang Keahlian

SILA MUAT TURUN (DOWNLOAD) BORANG KEAHLIAN MANDAILING MALAYSIA DENGAN KLIK LINK DI BAWAH, DAN, KEMUDIAN BACA LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MENGHANTAR BORANG SEPERTI DINYATAKAN DI BAWAH:

BORANG KEAHLIAN MANDAILING MALAYSIA

>> LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MENGHANTAR BORANG

(i) Muat turun (download) Borang Keahlian rasmi Persatuan Halak Mandailing Malaysia dengan cara klik file BORANG KEAHLIAN MANDAILING MALAYSIA di atas.

(ii) Tulis dengan tangan, atau gunakan program Microsoft Word untuk mengisi borang berkenaan, iaitu memasukkan huruf-huruf daripada jenis tulisan font Arial saiz 11 sahaja, ke dalam kotak-kotak kosong yang disediakan. (PERHATIAN PENTING: Pastikan anda mematuhi jenis font Arial saiz 11 normal, iaitu bukan bold kerana jika anda menggunakan font lain dan saiz berbeza, ia akan merosakkan/mengganggu template kotak-kotak tersebut)

(iii) Turunkan tanda tangan anda, iaitu dengan cara scan terlebih dahulu tanda tangan anda dan “copy and paste” ke ruang tanda tangan pada di bahagian Pengakuan di muka 2. Jika anda tiada kemudahan scanner, sila tulis/taipkan NAMA PENUH anda dalam HURUF BESAR pada ruang tanda tangan, ia akan ditafsir sebagai tanda tangan anda.

(iv) Save semula borang yang telah diisi sepenuhnya tersebut dalam format doc, iaitu SAVE AS>Word 97-2003 Document, bukannya format docx.

(v) Masukkan wang yuran pendaftaran dan yuran tahunan ke dalam akaun bank ke akaun Maybank atas nama PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA No. Akaun 505103007849 dan simpan resit wang masuk anda serta kemudian hubungi Setiausaha untuk memaklumkan mengenai transaksi tersebut dengan menyatakan tarikh dan masa yang tepat seperti tertera pada resit wang masuk (bank-in).

(vi)  Selepas itu poskan borang berkenaan ke alamat:

Setiausaha Persatuan Halak Mandailing Malaysia

D/A No. 17, Jalan Indah 9,

Desa Indah, Putra Nilai,

71800 Nilai,

Negeri Sembilan Darul Khusus

ATAU

E-melkan borang tersebut ke dua alamat e-mel ini, mandailingmalaysia@yahoo.com. Sila pastikan anda menulis tajuk Borang Keahlian pada ruang Subject di e-mel anda, untuk pengasingan/penyisihan automatik e-mel anda.

Categories: Pengumuman

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA MENGENAI KUNJUNGAN SILATURAHIM KE TANAH LELUHUR MANDAILING DAN ISU GORDANG SAMBILAN DAN TOR-TOR

 KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASE

 

SEMUA PEMERINTAH DI TANAH LELUHUR SUKU MANDAILING MENYOKONG (MENDUKUNG) SEPENUHNYA PELESTARIAN GORDANG SAMBILAN DAN TOR-TOR MANDAILING DI MALAYSIA.

MEDAN, Sumatera Utara, Indonesia 14 Julai 2012 – Lima pemerintah kabupaten (daerah) dan perbandaran serta tokoh adat dan masyarakat di Tapanuli Bahagian Selatan (Tabagsel) di sini yang mewakili kawasan tanah leluhur masyarakat Mandailing, menyokong (mendukung) sepenuhnya tanpa prejudis, dan berterima kasih atas usaha Kerajaan Malaysia untuk melestarikan dan mengembangkan Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing milik suku kaum itu di Malaysia.
Sokonga diterima daripada Walikota (Datuk Bandar) Kota Padang Sidimpuan, Drs. Zulkarnain Nasution, Bupati (Pegawai Daerah)  Kabupaten Mandailing Natal, HM Hidayat Batubara; Timbalan Bupati Tapanuli Selatan, Aldinz Rapolo Siregar; Timbalan Bupati Padang Lawas Utara, H Riskon Hasibuan dan Wakil Bupati Padang Lawas, Ali Sutan Harahap.

Antara tokoh adat Mandailing yang menyokong termasuk Ketua Lembaga Adat Kota Sidimpuan, H. SS. Baginda Tambangan Harahap; Ketua Umum Lembaga Adat Mandailing Natal, Raja Pidoli Lombang Baginda Mangaraja Saoloon Efendi Nasution dan Ketua Lembaga Adat Kabupaten Padang Lawas Utara, Patuan Humala Pontas Harahap.
Di luar tanah leluhur orang Mandailing, sokongan pemerintah turut diterima daripada Pemerintah Kotamadya Medan menerusi Datuk Bandarnya, Rahudman Harahap.

Sokongan dan ucapan terima kasih itu disampaikan sendiri kepada Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia), Ramli Abdul Karim Hasibuan dan rombongan persatuan itu yang mengadakan kunjungan hormat ke atas semua pemimpin terbabit ketika rangka lawatan silaturahim di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke kabupaten-kabupaten (daerah) dan kawasan perbandaran (pemerintah kota) tersebut dari Isnin lalu hingga hari ini.
Pertemuan diadakan secara berasingan di pejabat Pemerintah Daerah Tingkat I  (Pemda) Tapanuli Selatan pada Isnin, Pemerintah Kota Padang Sidimpuan dan Pemda Mandailing Natal (Selasa), Pemda Padang Lawas Utara (Rabu) dan Pemda Padang Lawas (Khamis) serta Pemerintah Kotamadya Medan (Jumaat).
Empat pemerintah kabupaten tersebut dan juga pemerintah bandar Kota Padang Sidimpuan sebelum ini ditadbir di bawah satu kabupaten dinamakan Tapanuli Selatan (Tapsel) sebelum masing-masing dinaikkan taraf kepada kabupaten sejak 1996.
Manakala semalam (Jumaat), rombongan mengadakan kunjungan hormat ke atas Asisten III Kotamadya Medan, Musaddad Nasution yang mewakili Walikota (Datuk Bandar) Kotamadya Medan, Rahudman Harahap di bandar Medan. Turut hadir ialah Konsul  Muda di Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Nor Azhar Hajis.
Terdahulu pada Selasa, dalam suatu upacara sambutan rasmi yang turut dihadiri kira-kira 200 pegawai, tokoh-tokoh adat dan pemimpin masyarakat di Sopo Godang (Rumah Besar) Panyabungan di Mandailing Natal, Bupati H. M. Hidayat Batubara dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh Pemerintah Tingkat I Mandailing Natal kepada usaha melestarikan kebudayaan Mandailing di Malaysia.
“Kami rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Mandailing Malaysia dan pemerintah Malaysia kerana mahu memperjuang, mempertahan dan melestarikan kebudayaan kita iaitu Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing.
“Kepada pemerintah Malaysia dan saudara mara kami di Malaysia, percayalah bahawa kami dari tanah asal leluhur suku Mandailing ini tidak pernah terikut-ikut membantah atau memprotes usaha mendaftarkan Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing sebagai warisan orang Mandailing di Malaysia.
“Kita percaya bahawa dengan pendaftarannya sebagai warisan orang Mandailing di Malaysia, maka pemerintah di sana sudah pasti akan melestarikan dan mengembangkannya, itulah yang sangat kami banggakan,” katanya.
Salah seorang tokoh adat yang turut berucap mewakili pemimpin-peminpin adat di Kabupaten Mandailing Natal pada majlis itu, Raja Namora Bayo Parlaungan B. Sutan Iskandar Parlaungan Nasution pula menegaskan:
“Kami pemimpin adat di seluruh Mandailing Natal tidak pernah mengatakan bahawa Malaysia ‘mengklaim’ (mendakwa memiliki) Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing tetapi itu tuduhan tidak berasas dan berkepentingan peribadi itu datang daripada orang lain yang bukan dari suku Mandailing.
“Sedangkan kami pemimpin dan masyarakat Mandailing seluruhnya di tanah leluhur ini (semua kabupten di Tabagsel) sangat berbangga malah memahami bahawa apa yang diusahakan oleh pemerintah Malaysia itu hanyalah untuk melestarikan kedua-duanya.
“Percayalah bahawa mereka yang memprotes dan mengatakan anda ‘mengklaim’ itu adalah kelompok yang salah faham sedangkan mereka tidak pernah cuba mahu mendapatkan penjelasan. Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing adalah milik orang Mandailing, maka saudara kami orang Mandailing di Malaysia juga berhak membudaya dan melestarikannya.”
Turut serta dalam rombongan dari Malaysia itu adalah Ahli Panel Pemikir Mandailing Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain Lubis yang juga pensyarah politik dan pentadbiran kerajaan di Universiti Sains Malaysia, Setiausaha Mandailing Malaysia, Diana Semaon Harahap dan Ahli Majlis Pimpinan, Yusof Amin Noordin Nasution serta aktivis Mandailing Malaysia, Ahmad Ikram Abd Karim Nasution dan Sulaiman Nasution Taibon.
Selepas sambutan rasmi pemerintah di Kediaman Rasmi Bupati Mandailing Natal itu, anggota rombongan disambut pula secara penuh adat istiadat termasuk paluan Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing di pekarangan istana Raja Pidoli Lombang, kira-kira lima kilometer dari bandar Panyabungan. Ia turut disaksikan oleh kira-kira 1,000 penduduk kampung Pidoli Lombang.
Pada Rabu, Di Gunung Tua, Padang Lawas Utara, selepas kunjungan hormat ke atas Bupati H. Riskon Hasibuan, rombongan turut menyaksikan persembahan tarian-tarian Mandailing oleh Kumpulan Sanggar Budaya Na Mora Na Uli di pusat latihannya, bersama-sama tokoh-tokoh adat Mandailing setempat.
Pada Khamis, Ketua Lembaga Adat Kota Sidimpuan, H. SS. Baginda Tambangan Harahap turut mengadakan sambutan rasmi untuk rombongan tersebut di kediamannya di Jalan Sutan Muhammad Arief di bandar Padang Sidimpuan.
Dalam ucapannya, Baginda Tambangan menegaskan, mana-mana pihak dari suku lain tidak berhak mempersoalkan perjuangan masyarakat Mandailing di Malaysia untuk mempertahan dan memperjuangkan Gordang Sambilan dan Tor-tor Mandailing kerana mereka turut memiliki kedua-duanya.
“Sekiranya protes itu datang dari Tapanuli Bahagian Selatan iaitu empat kabupaten dan satu pemerintah kota, itu boleh diterima kerana keseluruhannya adalah daerah orang Mandailing tetapi masalahnya kami sendiri di Tapanuli Bahagian Selatan tidak pernah memprotes malah memberi sokongan penuh dan dialu-alukan.
“Jadi, kalau kami di Tapanuli Bahagian Selatan sendiri menyokong dan berterima kasih kepada pemerintah Malaysia dan Persatuan Halak Mandailing Malaysia atas inisiatif ini, siapakah mereka yang memprotes itu dan apa hak mereka untuk memprotes. Biarlah orang Mandailing menguruskan hal orang Mandailing, jangan ada suku dan pihak lain yang ikut campur.
“Kepada pemerintah Malaysia dan Mandailing Malaysia, teruskan perjuangan ini, silakan iktiraf dan daftar di Akta Warisan Kebangsaan Malaysia kerana kami faham apa tujuan anda, itu sesuatu yang baik dan kami sangat hargai,” tegasnya.
Kenyataan dikeluarkan oleh,

DIANA SEMAON HARAHAP

Setiausaha, Persatuan Halak Mandailing Malaysia

Medan, 14 Julai 2012

Telefon: +60123998840

Categories: Pengumuman

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN MANDAILING MALAYSIA 19 JUN 2012

KENYATAAN AKHBAR

PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2012

KUALA LUMPUR 19 Jun 2012 – Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) no daftar ROS 3637-11-NSE,  ingin membuat pencerahan atau penjelasan sejelas-jelasnya berhubung atau berkaitan isu budaya Gordang Sambilan Mandailing (Gendang Sembilan Mandailing) dan tarian Tor Tor Mandailing yang menjadi kontroversi di Indonesia mulai Sabtu lalu sehingga hari ini.

Dengan perasaan rendah diri dan keinginan yang tinggi untuk melihat hubungan Malaysia-Indonesia sentiasa baik, jernih dan akrab, maka pencerahan di pihak Mandailing Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia, dan kira-kira 500,000 masyarakat Mandailing di Malaysia, secara tegasnya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, yang dalam kenyataannya di Singapura semalam, menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan tetap mendaftarkan Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing sebagai budaya warisan masyarakat Mandailing, mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  2. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia dan seluruh masyarakat Mandailing Di Malaysia sangat terharu ketegasan YB Menteri itu dalam mempertahankan perjuangan masyarakat Mandailing di Malaysia itu.
  3. Bahawa Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada semalam 18 Jun 2012 dan hari ini telahpun mengambil langkah segera dengan memberi kenyataan pencerahan atau penjelasan panjang lebar mengenai isu tersebut kepada beberapa TV, radio, akhbar dan majalah di Republik Indonesia, selain turut bekerjasama memberi input atau informasi tepat kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur. Antara televisyen dan radio popular Indonesia yang membuat lintas langsung perbualan dengan beliau adalah RCTI dan TV One, selain Radio Elshinta  yang terbesar jumlah pendengarnya di Indonesia.
  4. Mandailing Malaysia juga ingin menegaskan, sebagai latar belakang kontroversi yang tercetus di Indonesia berikutan berita Bernama yang memetik kenyataan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada sidang akhbar selepas program Perhimpunan Anak-Anak Mandailing di Dewan Seri Siantan, Batu Caves, Selangor pada Khamis, 14 Jun 2012, BAHAWA laporan Bernama tersebut adalah tepat dan tiada sebarang kesalahan.
  5. Dan ditegaskan, bahawa  kenyataan YB Menteri tersebut merupakan respons beliau kepada ucapan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada program itu, yang meminta pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya mengiktiraf kebudayaan Mandailing khususnya Gordang Sambilan (Gendang Sembilan) dan tarian Tor Tor Mandailing setaraf atau setara dengan kebudayaan lain seperti Jawa, Minang, Bugis, Cina, India dan lain-lain di Malaysia.  Ketika itu, saudara Ramli juga menyatakan harapannya suatu masa nanti agar kebudayaan Mandailing terutama Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dapat ditonton atau disaksikan oleh rakyat Malaysia dalam acara besar atau program rasmi kerajaan.
  6. Bahawa dua budaya dan seni yang diperjuangkan oleh Mandailing Malaysia, dan masyarakat Mandailing di Malaysia itu adalah Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing milik suku kaum Mandailing yang berleluhur atau asalnya dari Sumatera, bukannya Tor Tor Batak Toba atau Batak Karo serta bukannya Gordang Topap di Angkola. Malah tokoh adat Batak Toba, Bapak Parangin Angin yang digandingkan dengan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan dalam lintas langsung  siaran TV One jam 9.30 – 10.00 malam tadi, MENGAKUI  bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dengan apa yang dimiliki oleh suku kaum Batak Toba dan Karo.
  7. Sebelum mengutarakan atau mengusulkan secara rasmi permintaan mengangkat martabat kedua-duanya kepada kerajaan pada Khamis lalu, Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada Disember 2011 telah pun mendapatkan pandangan dan sikap masyarakat dan tokoh adat Mandailing  di Sumatera Utara meliputi Kabupaten Mandailing Natal (Madina), Padang Sidempuan, Padang Lawas Utara (Paluta) dan Pemerintah Kotamadya Medan. Malah beliau dan rombongan juga menemui Bupati-Bupati (Pegawai Daerah) serta Walikota (Datuk Bandar) di daerah-daerah terlibat.
  8. Hasil lawatan itu, suka cita dimaklumkan bahawa secara umumnya pemerintah di daerah-daerah Mandailing menyokong usaha Mandailing Malaysia untuk mengangkat budaya masyarakat itu di Malaysia dan ke peringkat internasional, supaya ia tidak pupus dan tinggal nama atau menjadi sejarah semata-mata. Malah, Bupati-Bupati dan Walikota terlibat atau perwakilan mereka seramai hampir 30 orang dari daerah terlibat, juga hadir untuk menyatakan sekali lagi tanda sokongan mereka pada Mesyuarat Agung (Annual General Meeting)pertama Persatuan Halak Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Nilai, Negeri Sembilan pada 28 Januari 2012.
  9. Bahawa Mandailing Malaysia bagi pihak masyarakat Mandailing berwarganegara Malaysia yang sudah eksis atau tinggal di tanah air Malaysia yang tercinta ini sejak 200 tahun lalu, telahpun memperjuangkan Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing sejak lebih 30 tahun lalu. Dan, kami akan terus memperjuangkan supaya kebudayaan kami ini terus dikembangkan dan diangkat ke tahap yang lebih tinggi setahap dan setara dengan budaya suku kaum lain, dengan satu niat – iaitu semata-mata atas dasar menghargai, mempertahan dan mengembangkan budaya sendiri atau pendeknya mahu melestarikannya supaya ia tidak pupus atau hilang.
  10. Bahawa Mandailing Malaysia ingin merayu rakyat Indonesia, khususnya dari suku kaum Mandailing di Sumatera Utara supaya terus mendukung atau menyokong perjuangan ini. Ia tetap menjadi milik bangsa Mandailing walau di manapun mereka berada di seluruh dunia, dan kami di Malaysia mengakui bahawa kedua-duanya itu berasal-usul dari tanah kelahiran moyang kami di tanah Mandailing, Sumatera Utara. Itu pasti!
  11. Bahawa ditegaskan perjuangan kami ini tidak ubah sepertinya orang Cina di Indonesia yang memperjuangkan budaya mereka dipertunjukkan di hadapan umum. Dan ia berjaya setelah kejatuhan Orde Baru dan timbulnya reformasi serta diperakui atau diiktiraf oleh mantan Presiden Indonesia, Almarhum Gus Dur @ Bapak Abdulrahman Wahid. Adakah dengan perakuan pemerintah Indonesia itu, maka Indonesia telah “klaim” budaya Cina itu, jawabnya sudah pasti tidak. Begitu juga kami masyarakat Mandailing dalam perjuangan ini.
  12. Berhubungan dengan pendaftaran Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005,  yang disebut oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia baru-baru ini, semua pihak termasuk di Indonesia boleh menyemak dan meneliti sendiri kandungan akta tersebut di Iaman web di Internet, bahawa ia secara jelas memperakukan setiap yang didaftar itu, hak pemilikannya adalah kepada pemilik asal. Itu jelas dan terang dan tidak usah dimanipulasi.
  13. Dengan perakuan dan pendaftaran itu, maka pemerintah Malaysia akan berusaha melestarikan keduanya iaitu Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dan sudah pasti menyediakan peruntukan kewangan secukupnya untuk mengembangkan dan mengangkatnya ke peringkat nasional setara dengan budaya kaum lain di Malaysia.
  14. Bahawa kami di Mandailing Malaysia berharap keributan yang tercetus di Indonesia ini tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi pertimbangan Kerajaan Malaysia dalam usaha mengangkat dan memberi perakuan kepada budaya dan keseniaan masyarakat Mandailing di negara ini.

Akhir sekali, kami bagi pihak Mandailing Malaysia berharap rakyat kedua-dua negara akan terus menjalin hubungan baik, meningkatkan keakraban silaturrahim dan memantapkan ukhuwah bersama umat di kedua-dua negara.

Horas.

Dikeluarkan oleh,

RAMLI ABDUL KARIM HASIBUAN

Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia

Categories: Pengumuman

LIPUTAN MEDIA – KOSMO! – 15 JUN 2012

Categories: Pengumuman

LIPUTAN MEDIA – UTUSAN MALAYSIA 15 JUN 2012

Categories: Pengumuman

UCAPAN PRESIDEN PADA PROGRAM PERHIMPUNAN ANAK-ANAK MANDAILING MALAYSIA DI GOMBAK 14 JUN 2012

16 June 2012 4 comments

UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA,

SAUDARA RAMLI ABDUL KARIM HASIBUAN

PROGRAM PERHIMPUNAN ANAK-ANAK MANDAILING MALAYSIA

ANJURAN PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA & JASA DAERAH GOMBAK

DI DEWAN SRI SIANTAN, BATU CAVES

KHAMIS, 14 JUN 2012. 4.30 PETANG

BISMILLAHIRRAHMANIR RAHIM

  • Saudara Pengerusi Majlis
  • YB DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang kita kasihi

  • YANG BERBAHAGIA DATO’ FUAD BIN TAN SRI HASSAN

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

  • YANG BERBAHAGIA DATO’ SELAMAT SUKIMI

Panel Pemikir JASA

  • YANG BERBAHAGIA ENCIK MUZAMIL BAKRON

Pengarah JASA Negeri Selangor

  • YANG BERUSAHA ENCIK GHAZALI ISMAIL,

Pegawai JASA Daerah Gombak

  • YANG BERUSAHA ENCIK MOHD SUBIHI BIN ABANG

Pegawai Penerangan Daerah Gombak

  • YBHG. TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN KAMARUDDIN

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Gombak/

merangkap Ketua UMNO Bahagian Gombak

  • YBHG DATO’ HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI OMARDIN

Penyelaras Parlimen Gombak/merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak

  • Ahli-Ahli Majlis Penasihat Mandailing Malaysia yang sempat hadir (Dato’ Baharom Nunjadah Nasution, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar dan Dato’ Zulkifli Amin Noordin)
  • Ahli-Ahli Panel Pemikir Persatuan Halak Mandailing Malaysia
  • Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Persatuan Halak Mandailing Malaysia
  • Dif-dif Kehormat, Para Jemputan, Tetamu-tetamu Khas
  • Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum wbkth dan Salam 1Malaysia.

1. Sebelum meneruskan ucapan, seperti kelaziman dalam program-program Persatuan sebelum ini, izinkan saya mengajak semua saudara-mara saya halak Mandailing yang datang dari segenap pelosok tempat di Malaysia, khususnya di daerah Gombak ke Dewan Seri Siantan, Batu Caves ini untuk sama-sama melaungkan kata-kata keramat orang Mandailing kita. HORAS! HORAS! HORAS! Terima Kasih.

YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

2. Pertama-tama marilah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana pada petang Khamis yang berbahagia dan penuh keberkatan ini, kita dapat sama-sama hadir ke Dewan Sri Siantan, Batu Caves ini bagi menjayakan program Perhimpunan Anak-Anak Mandailing dan Pelancaran Biro Perhubungan Persatuan Halak Mandailing Malaysia Daerah Gombak.

3. Bagi pihak penganjur bersama iaitu Persatuan Halak Mandailing Malaysia dan JASA Malaysia, saya ingin mengalu-alukan serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana sudi menerima jemputan serta hadir untuk merasmikan program kita pada petang ini.

4. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sejak Persatuan ini diluluskan tahun lalu, kita pernah tiga kali menjemput YB Dato’ Seri hadir ke program rasmi kita sebelum ini. Namun kita kurang bernasib baik, kerana pada saat-saat akhir YB Dato’ Seri terpaksa membatalkan kehadiran beliau kerana urusan rasmi yang lebih penting di dalam negara dan di luar negara.

5. Namun, tuan-tuan dan puan-puan. Syukur Alhamdulillah, oleh kerana semangat dan keinginan YB Dato’ Seri yang sangat tinggi untuk bersama-sama kita pada hari ini, maka kita berasa bertuah kerana beliau diizinkan Allah untuk hadir ke program kita pada petang ini.

6. Atas kesediaan dan perhatian serius YB Dato’ Seri kepada program-program Mandailing Malaysia selama ini termasuk begitu banyak membantu dari segi menyalurkan peruntukan kewangan kepada Persatuan, saya mohon tuan-tuan dan puan-puan semua hadirin sekalian, marilah kita sama-sama memberi satu tepukan yang gemuruh untuk YB Dato’ Seri.

YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 

7. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi kerajaan, wakil-wakil masyarakat dari sekitar Parlimen Gombak, para pemimpin setempat serta saudara-mara kami halak Mandailing dari seluruh negara di samping semua para jemputan termasuk rakan-rakan saya para petugas media.

8. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JASA yang begitu banyak membantu merealisasikan kejayaan penganjuran program pada petang ini.

9. Ucapan terima kasih kami juga kepada YBhg. Dato’ Fuad Tan Sri Hassan dan YBhg. Dato’ Selamat Sukimi yang sejak awal lagi banyak memberi khidmat nasihat kepada pihak Mandailing Malaysia dalam memastikan kejayaan program ini.

10. Ucapan tahniah juga kepada Biro Integrasi Kampung, Masyarakat dan Tokoh Mandailing Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mandailing Malaysia, Saudara Affifuddin Mohamad Hassan serta semua Ahli Jawatankuasa Kerja Program ini yang bertungkus-lumus sehingga ke saat ini bagi memastikan kelancaran penganjurannya.

11. Selaku Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia, saya berasa sangat berbangga dengan kejayaan penganjuran program pada petang ini. Ini kerana, sebagai sebuah persatuan dengan pengalamannya yang masih terlalu cetek, iaitu dengan usianya yang baru mencecah 10 bulan, kita bersyukur kerana dapat menganjurkan program sebesar ini dengan penuh jaya, penuh meriah dan penuh semangat persaudaraan.

12. Tidak ketinggalan, izinkan saya menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan para hadirin, saudara mara kita halak Mandailing dari seluruh negara, khususnya dari Lembah Klang dan Gombak.

13. Saya percaya, kehadiran anda semua adalah petunjuk bahawa kita sedang satu melakukan peralihan, melalui satu anjakan paradigma dan melakukan transformasi bersungguh-sungguh mencapai OBJEKTIF penubuhan Mandailing Malaysia – iaitu ke arah penyatuan, perpaduan dan pengukuhan silaturahim serta meningkatkan ukhuwah sesama kita orang Mandailing di Malaysia.

14. Saya penuh yakin, dengan sokongan padu orang Mandailing di seluruh negara yang jumlahnya melebihi 500,000 orang, maka objektif dan juga cogankata Mandailing Malaysia iaitu ‘Padomu Na Marotak, Palagut Na Marserak’ atau maksudnya ‘Mempertemukan Yang Berpecah, Menghimpunkan Yang Terpisah’ akan dapat dicapai.

 [YB Dato’ Seri, izin saya untuk berucap sepatah dua kata secara ringkas dalam bahasa Mandailing kepada hadirin di dalam Dewan yang berbahagia ini.]

Tu adopan sude maradu parkouman na diholongi, na adong di bagasan Dewan on, na marroan tingon huta-huta ni hita halak Mandailing di Gombak on, bope na sian Hulu Langat, Kajang dot seluruh Selangor, tingon Jelebu, N. Sembilan, tingon Johor, Melaka dot  koum-koum na marroan tingon Perak dot nagori na lain nai.

Bo, songoni ma saotik hata-hata giot mandokonkon halomoan roha ni hami di Parsadaan Halak Mandailing Malaysia on, bo antong songoni ma juo godang na roha ni ami arana dapot sude maradu parkouman on rap marroan tu program ni hita on.

On ma tandona hagincatan, hagogoan dot hagodangan tondi ni hita halak Mandailing di Malaysia on. On tu jolo ni arion, rap ma hita pagogo  parpokatan dot panjonjong satigor-tigorna Parsadaan Halak Mandailing Malaysia on. Tu sude maradu parkouman na marroan di ari on, mauli ate ma tingon ami.

YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

15. Izinkan saya untuk mengambil sedikit masa yang singkat bagi menyampaikan beberapa hasrat dan permohonan pihak Persatuan untuk pertimbangan YB Dato’ Seri.

PERTAMA: Mandailing Malaysia mencadangkan pihak kerajaan, khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengiktiraf dan seterusnya menyenaraikan Gordang Sambilan atau gendang sembilan dan tarian tortor Mandailing sebagai salah satu kesenian dan kebudayaan suku kaum di Malaysia ini.

Kami berharap, selepas ini rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan pertunjukan Gordang 9 dan tarian tortor Mandailing dalam acara-acara rasmi kerajaan termasuk pada sambutan Hari Kemerdekaan.

KEDUA: Selaras dengan cadangan itu, maka pihak Mandailing Malaysia baru-baru ini telah mengemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, satu permohonan dan KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN SERTA LATIHAN KESENIAN & KEBUDAYAAN MANDAILING bernilai RM50,000.

Ini meliputi kos pembelian peralatan Gordang 9 yang baru dan gendang-gendang berkaitan, kos latihan selama tiga bulan dan juga pembelian baju-baju pengantin serta baju-baju tradisional untuk kegunaan tarian serta kos latihan tarian selama 3 bulan.

KETIGA: Selaras dengan pewartaan Istana Bilah di Papan, Perak oleh kerajaan Malaysia sebagai salah sebuah Bangunan Warisan Negara, maka pihak Mandailing Malaysia ingin memohon pihak Kementerian menerusi Jabatan Muzium dan Antikuiti agar dapat mempergiatkan usaha membaik-pulih dan menambahkan pengisian informasi di dalam istana lama tersebut bagi mengelakkan ia daripada terpinggir atau terbiar.

Pihak Persatuan akan berusaha mendapatkan kesepakatan daripada pihak keluarga waris Raja Billah untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian, apatah lagi beberapa waris terdekat Raja Billah juga mempunyai jawatan dalam Persatuan ini.

KEEMPAT dan TERAKHIR: Kami, pihak Mandailing Malaysia ingin memohon, sudi apalah kiranya, YB Dato’ Seri meluluskan peruntukan kewangan kepada Persatuan kami bagi membiayai kos pentadbiran dan pengurusan serta pembiayaan aktiviti-aktiviti Persatuan sepanjang tahun 2012 ini dan 2013.

Saya sangat yakin, bahawa sebentar lagi, YB Dato’ Seri akan mengumumkan sesuatu untuk membantu menambah dana Persatuan ini.

YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

16. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin tegaskan bahawa Mandailing Malaysia adalah sebuah NGO yang mana sifatnya benar-benar bebas daripada kongkongan atau pengaruh mana-mana parti politik.

17. Namun pada masa yang sama, saya ingin memberi jaminan kepada YB Dato’ Seri bahawa pihak Persatuan dan keseluruhan orang Mandailing di negara ini merupakan masyarakat yang sentiasa mengenang budi dan tahu berterima kasih serta bersyukur. Kami tidak akan sekali-kali melupakan jasa-jasa, budi dan pertolongan daripada YB Dato’ Seri sendiri, pemimpin lain serta pihak kerajaan. Insya-Allah jaminan saya, “Dato’ Seri Memberi Kami Merasa, Kerajaan Berbudi Kami Berbahasa”.

18. Saya sekali lagi mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang sudi hadir pada program kita hari ini dan menyempurnakan perasmiannya sebentar sahaja lagi.

19. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato’ Fuad Tan Sri Hassan, YBhg. Dato’ Selamat Sukimi, YB-YB, Dato’-Dato’, Datin-Datin, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, dif-dif kehormat serta para tetamu jemputan yang hadir menjayakan program ini.

20. Juga terima kasih tidak terhingga kepada pihak JASA Malaysia selaku penganjur bersama dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program ini termasuk tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin halak Mandailing yang dikasihi sekalian.

21. Akhir kalam, saya sudahi ucapan saya dengan lafaz WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. 

 

HORAS! HORAS! HORAS!

Categories: Pengumuman

BERIKUT SENARAI JAWATANKUASA PUSAT DAN BIRO-BIRO TINDAKAN SERTA BIRO PERHUBUNGAN MANDAILING MALAYSIA YANG DIUMUMKAN OLEH PRESIDEN PADA MESYUARAT KALI PERTAMA MAJLIS PIMPINAN SESI 2012/2013 DI BOUGAINVILLA RESORT, PORT DICKSON PADA 2-3 MAC 2012.

 

1. JAWATANKUASA PENGURUSAN:

PENGERUSI :   RAMLI BIN ABDUL KARIM

NAIB PENGERUSI :   AFFIFUDDIN BIN MOHAMED HASSAN

AHLI-AHLI:

1. SUHAINUL BALQIAH BIN SOHIMI

2. ABU BAKAR BIN ABDUL FATAH

3. DIANA BINTI SEMAON

4. ZAHRIAH BINTI OMAR

5. ZULKAFLEE BIN NORDIN

6. KAMARULHADI BIN KAMARUDDIN

7. ABDULLAH BIN MOHD HASSAN

8. HAFIZAH BINTI KAMARUDDIN

9. MOHD AFFENDI BIN AHMAD MUSTAFFA

10. SHARIDAH BTE ABBAS

11. YUSOF BIN AMIN NOORDIN

12. ZAHARIN BIN ZAINUDIN

13. BAHRUM HASIBUAN BIN HUSEIN

 

2. JAWATANKUASA KEWANGAN

 PENGERUSI :  RAMLI BIN ABDUL KARIM

NAIB PENGERUSI :  AFFIFUDDIN BIN MOHAMED HASSAN

AHLI-AHLI:

1. SUHAINUL BALQIAH BIN SOHIMI

2. ABU BAKAR BIN ABDUL FATAH

3. ZULKAFLEE BIN NORDIN

4. KAMARULHADI BIN KAMARUDDIN

5. HAFIZAH BINTI KAMARUDIN

6. ABDUL SAHAR BIN ABU BAKAR

7. IDRIS BIN ABDUL KARIM

8. MOHD ZAKI BIN AHMAD

9. YUSOF BIN AMIN NOORDIN

10. ADLIN AMAN BIN RAMLIE

11. AHMAD SAFRIN BIN ABDUL AZIZ

12. ZAKIAH BINTI HASAN

 

3. JAWATANKUASA PENUBUHAN YAYASAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN

 PENGERUSI  :  AFFIFUDDIN BIN MOHAMED HASSAN

NAIB PENGERUSI 1 :   SUHAINUL BALQIAH BIN SOHIMI

NAIB PENGERUSI 2 :  ABU BAKAR BIN ABDUL FATAH

AHLI-AHLI:

1. ZULKAFLEE BIN NOORDIN

2. KAMARULHADI BIN KAMARUDDIN

3. HAFIZAH BINTI KAMARUDDIN

4. ABDUL LATIF BIN MD NUJOM

5. ABDUL BARRI BIN RAZAK

6. ABU SAHIR BIN AB BAKI

7. AHMAD YUNUS BIN BAHARUDIN

8. BASHARIAH BINTI ABD RAHMAN

9. IDRIS BIN ABDUL KARIM

10. PADZLAN BIN ROSU

11. SITI NORJALI BINTI ABU NAWAR

12. ZAHARIN BIN ZAINUDDIN

13. SHARIFUDDIN BIN ABD WAHID

BIRO-BIRO TINDAKAN
 1. BIRO PEMAPANAN INTEGRITI, ETIKA DAN PROFESIONALISME

 KETUA   :   RAMLI BIN ABDUL KARIM

NAIB KETUA  :  YUSOF BIN AMIN NOORDIN

 

2. BIRO INTEGRASI KAMPUNG, MASYARAKAT DAN TOKOH

 KETUA   :   AFFIFUDDIN BIN MOHAMED HASSAN

NAIB KETUA  :  AHMAD YUNUS BIN BAHARUDIN

3. BIRO SEJARAH DAN WARISAN

 KETUA   :  AFFIFUDDIN BIN MOHAMED HASSAN

NAIB KETUA  :  HAFIZAH BINTI KAMARUDDIN

4. BIRO KEAHLIAN, ADUAN DAN PENGURUSAN KRISIS

 KETUA   :  SUHAINUL BALQIAH BIN SOHIMI

NAIB   :  AHMAD YUNUS BIN BAHARUDIN

5. BIRO PEMBANGUNAN MODAL INSAN

 KETUA   :  ABU BAKAR BIN ABDUL FATAH

NAIB KETUA  :  ABDUL SAHAR BIN ABU BAKAR

6. BIRO AGAMA DAN PEMANTAPAN SIKAP

 KETUA    :   PADZLAN BIN ROSU

NAIB KETUA  :  AHMAD SAFRIN BIN ABDUL AZIZ

 

7. BIRO KOMUNIKASI KORPORAT DAN PERHUBUNGAN KERAJAAN

 KETUA   :   ZAHARIN BIN ZAINUDIN

 

8. BIRO PENDIDIKAN DAN LATIHAN

 KETUA   :   ABDUL BARRI BIN RAZAK

NAIB KETUA  :  BASHARIAH BINTI ABD RAHMAN

 

9. BIRO SUKARELAWAN

 KETUA   :    ABU SHAHIR BIN AB BAKI

NAIB KETUA  :  MOHD AFFENDI BIN AHMAD MUSTAFA

 

10. BIRO KEBAJIKAN

 KETUA   :  ABDUL LATIF BIN MD NUJOM

NAIB KETUA  :   SHARIFUDDIN BIN ABD WAHID

 

11. BIRO PENGUKUHAN BAHASA DAN JATI DIRI

 KETUA   :  IDRIS BIN ABDUL KARIM

 

12. BIRO PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

KETUA   :  YUSOF BIN AMIN NOORDIN

 

13. BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

 KETUA   :   SAHLAN PANE

 

14. BIRO JARINGAN M-LINK

KETUA   :   ABDUL SAHAR BIN ABU BAKAR 

 

15. BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

KETUA   :    ADLIN AMAN BIN RAMLIE 

 

16. BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

 KETUA   :    MOHD ZAKI BIN AHMAD 

 

17. BIRO PENJENAMAAN DAN RETAIL

 KETUA   :   SITI NORJALI BINTI ABU NAWAR 

 

18. BIRO PUTERI

 KETUA   :   WAHIDAH BINTI MUKRI TANJUNG 

 

19. BIRO WANITA DAN KELUARGA

 KETUA   :  SHARIDAH BTE ABBAS 

 

20. BIRO SUKAN DAN INTEGRASI BELIA

 KETUA   :   ABDUL HALIM BIN MUKRI TANJUNG 

 

21. BIRO PERSAUDARAAN

 KETUA   :  BAHRUM HASIBUAN BIN HUSEIN

 

 BIRO-BIRO PERHUBUNGAN

 1. PERAK

KETUA  : AHMAD BIN HUSSEIN 

 

2. SELANGOR/KUALA LUMPUR

KETUA  : HAJI MOHD RADZI  BIN MOHD TAHIR 

 

3. NEGERI SEMBILAN

KETUA  :  RAMLI BIN ABDUL KARIM 

 

4. MELAKA

KETUA  : MOHD SUKUR MD ALI 

 

5. JOHOR

KETUA  : OSMAN BIN TOBO 

 

6. KEDAH/PERLIS

KETUA  :  MOHAMAD GHAZALI BIN ABD AZIZ

Categories: Pengumuman
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.